Followers

Thursday 11 August 2011

Di Sebalik Ramalan Kiamat



Ramalan bukan kebenaran tetapi  sesetengah manusia mudah percaya dengan ramalan berbanding meyakini bahawa apa yang bakal terjadi mempunyai hikmahnya.Hakikatnya kita wajiblah bergantung kepada Allah, mohon petunjuk dan keselematan daripada-Nya. Ramalan adalah permainan syaitan untuk menyesatkan manusia dan lihatlah berapa ramai manusia melakukan tindakan ‘bodoh’ di sebabkan oleh ramalan. Sesungguhnya jika anda benar-benar beriman kepada ALLAH, jauhilah mempercayai kepada ramalan. 

Kiamat, semua manusia takutkan kiamat tetapi hanya Allah Maha Mengetahui bila kiamat itu akan berlaku. Sebagai seorang orang Islam anda hanya perlu mempersiapkan diri dengan keimanan bagi menghadapi apa yang bakal berlaku bukan menjadikan kiamat itu sebagai ketakutan. Kepercayaan ramalan oleh orang yang tidak beriman kepada ALLAH hanya menyebabkan mereka melakukan tindakan yang langsung tidak bijak.

Di sini saya menyenaraikan pelbagai ramalan tentang hari kiamat yang ternyata tidak berlaku yang di ambil daripada penulisan Muhammad Alexander di dalam bukunya ‘Armagedon 2012’ Bencana Akhir Zaman.

Ø  * Charles, seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pada jam 5:33 pagi,

Ø  * Charles Laugheda, seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954,

Ø  * Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung,

Ø  * Ahli astrologi India meramalkan  kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962, iaitu antara pukul 12:05 tengah hari hingga 12:15 tengah hari,

Ø   *  Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong kultus yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah,

Ø  * Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Disember 1970, jam 12 tengah malam,

Ø  * Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November ataupun Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, ‘ Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia’ (VOA Islam.com, 2009),

Ø  * Leland Jensen dan Charles Geynza daripada kultus Baha’I meramalkan pada 29 April 1980, dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan Amerika Syarikat,

Ø  * Elizabeth Clarel Triumph dari church and the World meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Disember 1989 disebabkan kejatuhan ekonomi dunia dan perang nuklear,

Ø  * Tami Lee Young Lim dari Gereja Korea Selatan meramalkan kiamat akan terjadi pada tengah malam 28 Oktober 1992,

Ø  * Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brotherhood (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa, dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993,

Ø  * Sheldonp Nidla, seorang peramal dari Amerika meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Disember 1996, iaitu disebabkan kemunculan makhluk asing dan para malaikat,

Ø  * Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998,

Ø  * Seorang ahli astronomi dari Chile, Munena Carlos Ferraro meramalkan kiamat akan terjadi antara tahun 1998-2001, akibat Bernard-1 yang memasuki sistem suria,

Ø  * Alexander Kazantsev mentafsirkan tulisan Norstradamus yang menyebut kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku, dia mengubah pula ramalannya kepada 7 Julai 2002, jam 3:00 pagi,

Ø  * Ahli astrologi bernama Steven Polasom mentafsirkan buku Nostradamus, permulaan kiamat akan berlaku pada 23 September 1999. Ia kononnya akan berlaku dalam bentuk jatuhnya bintang berekor di Lautan Atlantik,

Ø  * Sebuah kultus dari Jepun, iaitu Sekou Asahara meramalkan kiamat akan terjadi pada September 1999,

Ø  * Kontakterov Ozersk dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999, akibat ledakan supernova,

Ø  * “Imam Mahdi” Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. Ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap, dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya ternyata meleset (kiamat tidak berlaku pada 9/9/99), dia memberi alasan, ‘kiamat tetap akan terjadi dalam waktu yang terdekat’. Itu sebabnya selepas dia dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu tetap menunggu kiamat, sambil mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya (VOA Islam.com, 2009 & GATRA, Jumaat, 14 November 2003),

Ø  * South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua (the second coming of Christ) pada 28 Oktober 1992, jam 6 petang,

Ø  * Joseph Kibwetere dari Uganda, Afrika iaitu pengasas The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God meramalkan kiamat akan terjadi pada 31 Disember 1999. Ia kemudiannya ditunda pula kepada 31 Disember 2000(Voa islam.com, 2009),

Ø  * Seorang ahli astrologi dari Rusia, Vladimir Sobolev meramalkan kiamat akan berlaku pada tahun 2000. Kowalewski, juga seorang ahli astrologi Rusia sependapat dengan Sobolev, iaitu kiamat akan terjadi pada pertengahan tahun 2000,

Ø  * Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 ogos 2002, jam 4 pagi. Disebabkan itu, dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. Menurut Arsene, selepas tiga hari tiga malam, hanya mereka yang suci di sisi Tuhan yang akan diselamatkan.

Ø  * Seorang ahli astrologi Amerika, Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003, iaitu disebabkan pereputan bumi, dan

Ø  * Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan, Indonesia yang mengaku dirinya adalah Rasul meramalkan pada 10 November 2003, antara pukul 9 pagi hingga 3 petang, Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya, pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kejadian bunuh diri secara beramai-ramai.

  Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad selaku Utusan Tuhan terakhir sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja, sebagaimana yang akan dikaji dalam bab yang seterusnya.

Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata meliputi seluruh    manusia. Inilah azab yang pedih’. ( Surah ad-Dukhan, ayat 10-11)



                                ‘ ALLAH MAHA ESA’

p/s: Saya cadangkan anda membaca ‘ Armagedon 2012’  Bencana Akhir Zaman penulisan oleh Muhammad Alexander.

2 comments:

  1. hanya Allah yg mengetahui saat dan bila kejadian perstiwa ini kan..huu..takotnye la..

    ai awak!
    ni bru follow =)

    ReplyDelete
  2. yup,hanya Allah sahaja Maha Mengetahui tapi tanda2nya Allah juga telah beri..sy suggest baca buku Armagedon 2012..

    ReplyDelete