Followers

Wednesday 10 August 2011

Kenapa bercinta untuk menangis?

          Cinta tidak perlu dipaksa, cinta tidak perlu terlalu berharap, cinta juga tidak perlu menghambakan diri melainkan cinta kepada Allah S.W.T. Andai orang yang kita cintai itu tidak mencintai kita, tak perlu gusar kerana dia bukan terbaik untuk diri kita malahan bila kita menemui cinta kita yang sebenar, kita akan rasa dia lebih baik daripada orang yang kita 'gila' kan dulu. Sememangnya Allah merencanakan sesuatu yang indah untuk diri kita dalam melalui kehidupan dengan hati yang ada cinta. Allah tidak menemukan dahulu kita dengan jodoh kita, ditemukan kita dengan orang yang salah dahulu.. untuk apa? untuk kita berfikir hikmah yang berlaku dan bukan untuk kita meratapi menyalahkan nasib.

          Kalau anda tergolong dalam kategori yang selalu putus cinta, beruntunglah anda kerana anda menemui banyak pengalaman berbanding orang yang terus menemui jodohnya dalam sekali percintaan sahaja. Biar sakit tetapi ianya seronok dan memotivasikan diri anda untuk menjadi lebih baik dalam hidup. Anda akan menjadi pasangan yang lebih baik lagi untuk jodoh anda atas pengalaman anda sebelum ini malahan juga dapat menyelami dan mengatasi sikap pasangan anda itu.



          Cinta tidak perlu di genggam erat, biarkan ia lepas, andai dia milik anda pasti dia akan kembali kepada anda dan jika tidak sudah tercatat bahawa dia bukan jodoh anda terimalah dengan redha. Nasihat ini untuk para wanita kerana wanita hatinya lebih tulus suci, setianya dan cintanya pada sang kekasih begitu menggunung tinggi berbanding lelaki tetapi ada juga lelaki yang sebegini cuma jumlahnya mungkin sedikit berbanding wanita begitu juga halnya dalam kisah kecurangan, bukan semua wanita itu setia.

       Walau bagaimanapun sahabat sekalian, jangan mengagungkan cinta manusia itu lebih daripada cinta anda kepada Allah. Ingat, dalam bercinta matlamat anda adalah untuk mendirikan rumahtangga untuk melahirkan zuriat yang halal dan menambah jumlah umat islam yang berkualiti. Semasa bercinta, jagailah batas antara anda dan pasangan, jarakkan kedudukan anda dengan pasangan, kurangkan berjumpa dan bila berjumpa bawa teman agar tiada 'syaitan' di tengahnya, usah pimpin tangannya selagi dia tidak sah untuk anda, dan paling penting teruskan kepada matlamat anda berdua iaitu dengan terus mendirikan rumahtangga, barulah dapat membina rumahtangga yang berkualiti.

         Akhir bicara, cinta kita bukan cinta ala bollywood, cinta kita juga bukan cinta ala Korea tetapi cinta kita adalah untuk menuju ke matlamat yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita. Cinta yang tumbuh kerana Allah S.W.T.



                             'CINTA SAYA PADA AWAK KERANA ALLAH S.W.T '


p/s: mohon maaf andai ada silap bicara, hanya sebuah nukilan yang tidak berniat menyindir sesiapa.



         

7 comments:

  1. like yr post kak .
    cerita yg menarik .

    ReplyDelete
  2. aenn: thanx ain..idea tengah dtg masa tu kan,hehe..

    lara: thanks for the comment and thanks because of like my entry too :)

    ReplyDelete
  3. good entri. suka ayat nie 'cinta kita juga bukan cinta ala korea' hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. thanx dear :) hahaha,korea pun cinta kemain hebat gak kan,kalah industan :P

    ReplyDelete