Followers

Wednesday, 13 July 2011

CERPEN 3 : Cinta Siber


Jemari aku terus menaip dan menaip meluahkan segala apa yang terbuku di hati ini.Kadang-kadang ingatan kepada Sham menjengah dan serta merta taipan itu terhenti.Sendiri aku termenung mengimbau perjalanan kisah cinta aku dan Sham.Jenakanya,keprihatinnya kepada aku sentiasa menggamit supaya aku merinduinya.Mungkinkah ada jodoh antara aku dan Sham? itu yang seringkali aku tanyakan pada diri aku sedangkan aku sendiri tidak tahu nak menjawabnya.

Sham,perkenalan aku dan dia hanya di alam maya bukanlah di alam realiti.Laman sosial menjadi saksi bermulanya kisah aku dan Sham.Sehingga sekarang aku tidak pernah menemuinya dan cinta aku dan dia hanya bersandarkan kepada gambar dan suara namun aku yakin, gambar-gambar itu adalah gambar sebenarnya walaupun ada yang menafikannya.Aku percaya kerana di dalam laman sosial itu,senarai sahabat di dalam ‘profile’ dia ada keluarganya, ada sahabat-sahabatnya,masakan semua itu adalah bohong belaka.Jika itu pembohongan,bagaimana aku?adakah aku juga pembohong meletakkan gambar bukan diri aku kerana aku juga melayari laman sosial ini?

‘Sham,Sya rasa cukup sampai di sini sahaja perkenalan kita.Emak ayah Sya dah tetapkan jodoh Sya dengan pilihan mereka.Sya memang cintakan Sham walaupun Sya tak pernah jumpa Sham tapi perasaan Sya dah ada pada Sham’, itulah kata-kata yang aku ungkapkan kepada Sham setelah sebulan mengenalinya di perbualan telefon dan 4 bulan mengenalinya di laman sosial sebagai sahabat. ‘Sya, Sham tak tahu nak kata apa lagi tetapi Sham ‘serious’, Sham memang cintakan Sya tetapi kenapa bila Sham nak miliki Sya, Sya harus pergi daripada Sham?’ rintih Sham.Terdengar sedikit esak daripadanya dihujung talian.Benarkah Sham menangis kerana aku? kerana aku yang tak pernah dia bertemu,boleh percayakah semua ini?tetapi bagaimana dengan aku yang berani mengungkapkan kata cinta kepada Sham?benarkah apa yang aku tuturkan itu?

Memang benar,ibu dan ayah mahu aku menerima pilihan mereka tetapi aku sendiri keliru dengan perasaan aku ini.Bolehkah aku menerima pilihan ibu dan ayah?, tetapi disebabkan aku meyakinkan diri aku untuk belajar menerima dia dalam hidup aku,lantas aku mengambil keputusan memutuskan hubungan aku dengan Sham.Lagipun,hakikatnya aku hanya mengungkapkan aku mencintai Sham sedangkan aku terasa aku hanya membohongi perasaan itu.Sejujurnya perasaan aku mati untuk bercinta setelah hati aku hancur dipermainkan oleh seorang lelaki yang sama-sama menuntut di universiti yang sama dengan aku.Kecurangannya membuatkan hati aku tertutup untuk bercinta semula.Mungkin aku boleh membuka sedikit ruang buat Sham kerana sikap Sham yang bijak mengambil hati aku.

Aku mengenali pilihan ibu dan ayah iaitu Iskandar dengan sebaik-baiknya tetapi dia sedikit pun tidak prihatin seperti Sham,tidak pandai berjenaka seperti Sham,seringnya aku yang kerap makan hati melayani mesej-mesej Iskandar.Sering aku mengelamun di dewan kuliah memikirkan Sham,adakah Sham terus membuang aku dalam ingatannya.Aku tak berani untuk menghubungi Sham kerana aku yang meminta Sham melupakan aku.Mana mungkin aku mahu dia kembali kepada aku semula.Aku hanya berserah kepada takdir dan berbekalkan doa serta harapan sahaja yang ada.Sahabat-sahabat aku tahu jika aku menyendiri,pasti ada sesuatu yang aku simpan dan mereka tahu sebenarnya apa yang terbenak dalam fikiranku namun mereka senang membiarkan aku sendiri melayani perasaan itu apatah pula mereka tidak menyetujui hubungan aku dan Sham kerana kami mengenali melalui dunia maya.

Maghrib itu,sekali lagi aku membuat solat sunat isthikarah dan doaku andai Sham terbaik buatku, satukan kami semula dan akhirnya selang 10 minit,mesej Sham masuk ke dalam ‘inbox handphone’ aku.Betapa gembiranya aku Sham menjelaskan bahawa dia tidak mampu melupakan aku dan perasaan ini turut dirasai aku.Terus aku membuat panggilan kepada ibu meminta agar mereka tidak memaksa aku menerima pilihan mereka dan mereka tidak bertanya kenapa kerana aku awal lagi telah menjelaskan yang aku tak mampu menerima Iskandar walaupun telah berkali aku mencuba menerimanya.Aku meneruskan hubungan aku dengan Sham tanpa berjumpa,kami boleh menjadi pasangan bercinta.Perasaanku sentiasa berbunga-bunga dan senyumanku tak pernah lekang di wajahku.

Hampir setiap hari,Sham tidak jemu membuat panggilan kepadaku.Boleh sahaja sehingga 2 ke 3 jam kami berbual tanpa jemu.Sham bijak membicarakan kata-kata cinta yang menyenangkan hati dan aku pula selalu terbuai dengan perasaan ini.Selalu ku rindu dengan panggilannya yang memanggil aku,’My Love,My Heart,My princess,My Honey..’.Satu hari Sham bertanya kepada aku,’Sayang,bila kita boleh berjumpa?takkanlah selamanya kita begini je?’aku terpaku,diam sejenak.Bukan aku tak mahu bertemunya tetapi aku belum yakin untuk bertemu dengannya.Aku senang begini mengenalinya mungkin kerana aku tidak yakin dengan kecantikan yang ada pada aku jika dibandingkan dengannya yang tampan seiras wajah Fahrin Ahmad,lagi pula kerjayanya sebagai Pegawai Kerajaan yang pasti mempunyai ‘taste’ yang tinggi membuatkan aku takut jika aku tak secantik di dalam gambar,pasti dia akan pergi meninggalkan aku akhirnya.

Cuti semester aku pulang ke rumah dan kesempatan itu aku boleh bertemunya apatah pula Sham bertugas di satu negeri dengan tempat tinggalku namun kenapa bila aku mahu menemuinya,dia pula yang sibuk dengan hal lain yang tak memungkinkan aku dan dia bertemu.Habisnya cuti semester aku langsung tidak dapat aku bertemunya. ‘Ala,sayang dah nak balik universiti ke? tak dapatlah kita jumpa.’ keluh Sham tapi bukan ke aku yang patut mengeluh kerana tidak dapat bertemunya disebabkan alasan dipihaknya?.Walaupun sebelum ini aku yang mengelak untuk bertemunya tetapi disebabkan aku rasa sampai bila aku mahu menolak bertemunya,lain pula jadinya,dia pula yang selalu memberikan alasan bila pertemuan ingin diaturkan.

Genap 3 bulan menjadi kekasihnya,semakin aku diburu resah.Biarpun layanannya masih sama seperti awal dulu tapi seringkali juga dia mula mengabaikan perasaan aku.Jarang membalas mesej,jarang membuat panggilan kepadaku selagi aku tidak mengadu dengan menghantar mesej kepadanya bertanya kenapa dia sudah berubah tidak sama seperti dulu. Aku semakin takut kehilangannya biarpun perasaan ini belum kuat kepadanya namun aku akui,aku tak mampu tenang tanpa sehari mendengar khabarnya.Seringkali aku bertanya kepada diri aku,benarkah dia mencintai aku?jika benar,mengapa dia membiarkan perasaan aku terabai,habisnya fikirku mungkin inilah sikap lelaki.

Mungkin salah aku dan mungkin bukan salah aku,aku mengambil keputusan memutuskan hubungan ini kerana aku tidak yakin sejauh mana hubungan ini akan pergi.Aku percaya cinta di alam maya boleh direalitikan tetapi mana mungkin untuk direalitikan bila sudah lama menyulam cinta tetapi tidak pernah bertemu yang akhirnya mengecewakan aku.Mungkin juga aku salah kerana terburu-buru memutuskan tanpa menunggu sehingga dia benar-benar bersedia untuk bertemuku.Aku memberi alasan bahawa dia mungkin mempunyai insan lain di hatinya.Begitu pedih katanya apa yang telah aku buat pada dirinya,menuduh dia curang sedangkan masa dia membiarkan aku tanpa berita adalah kerana dia terbeban dengan kerjanya.Segalanya telah terlambat untuk diperbetulkan,dia tegar menerima keputusan aku dan aku tidak diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan aku. “Sungguh Sham tak sangka Sya sanggup menuduh Sham sebegitu.Nampak benar yang Sya memang tak boleh nak memahami tugas Sham,tak memahami Sham.Kalau itu dah kehendak Sya,Sham rela melepaskan Sya”.Itulah kata-kata kecewanya yang dilemparkan kepadaku.

Bukan aku sengaja melukakan hatinya tetapi aku keliru dengan percintaan ini.Jika aku wanita berjiwa halus boleh menerima insan tanpa bertemu dengannya tetapi bagaimana dia lelaki tanpa bertemu dengan wanita yang realiti,bolehkah cintanya itu berputik?itu yang selalu sahabat-sahabat aku bicarakan membuatkan aku mahu bertemunya walaupun aku sendiri tidak meyakini dengan diri aku takut kecewa dihina bila gambar menampakkan aku lebih cantik daripada realiti.Namun kenapa pertemuan ini tetap tidak menjadi?hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.Kini aku sendiri,menunggu hadirnya cinta sejati aku yang biarlah dianya bukan di alam maya tetapi realiti yang memandang aku terus daripada matanya dan turun ke hati begitu juga aku kepada dirinya. 

Walaupun keputusan telah dijatuhkan namun dia masih menghubungi aku mengambil berat tentang diri aku biarpun tidak setiap hari dan setiap minggu dia menghubungi aku.Pernah dia mengajak aku berjumpanya namun aku sudah tawar hati untuk mengatur pertemuan.Jika juga dia memang ditakdirkan untuk aku,aku pasti pertemuan akan terjadi tanpa dirancang dan mungkin Allah membuka lorong kepada pertemuan kami ini.Pertemuan tidak sengaja ini mungkin sahaja daripada mata turun ke hati secara realiti dan tidak sahaja daripada mata turun ke hati seperti di alam maya.

7 comments:

  1. waaaa akak ade blog...
    sila update selalu bolehh takk???
    ahahahaha..akak..ni cite betul ke tak..
    mcm x betol je..
    seyes pnjg gile..
    hahahahaha =)

    ReplyDelete
  2. semoga apa yang di impikan sentiasa berada dalam genggaman suatu hari kelak..citer btol ke nie..??neway thanks ya sbb follow blog sy..sy dh msukkan blog nie di ruangan followers 4 di blog sy..=)

    ReplyDelete
  3. hehehe,tokok tambah ada kot.. :-)

    Farid: insyaAllah,setakat ni akk belum ada masa nak update,t akk update ye :-)

    Faiz: ok,thanks faiz.. :-)

    ReplyDelete
  4. salam..

    "Jika juga dia memang ditakdirkan untuk aku,aku pasti pertemuan akan terjadi tanpa dirancang dan mungkin Allah membuka lorong kepada pertemuan kami ini."

    best ayat ini..

    ReplyDelete
  5. thanks..tpi mmg itulah sbnrnya kan :-)

    ReplyDelete
  6. stuju ngan sekamar rindu,best lah ayat tu huhu

    ReplyDelete