Followers

Wednesday, 13 July 2011

CERPEN 1: Kau Bukan Untukku..


 ‘Sejak dari dulu..ku mencintaimu..’ ‘tapp..!’ pantas Hanizah menolak punat radio daripada ON ke OFF. Lagu itu hanya akan mengingatkan dia kepada insan yang tak sepatutnya dia ingat. Insan yang dahulunya konon ikhlas dan jujur mencintainya sehingga sanggup menunggu sehingga bertahun untuk mendapatkan cinta Hanizah tapi akhirnya, bila telah memiliki cintanya, dia pergi tanpa alasan yang kukuh. Mengimbau kenangan itu hanya menyakitkan hati sahaja namun Hanizah tidak meratapi melainkan beringat agar tidak sesekali mudah mempercayai kata-kata manis yang ditabur oleh seorang lelaki.

‘K dah lama tunggu jawapan Hani dan K harap sangat Hani sudi menerima K dalam hidup Hani’. Tersedak Hanizah sekejap dengan kata-kata yang terluncur keluar daripada mulut K semasa mereka berdua keluar bersama. K sudah kelihatan gelisah apabila melihat Hanizah hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanannya seolah-olah apa yang diperkatakan oleh K tidak didengari oleh Hanizah. ‘Em, K nak dengar jawapan Hani samada setuju atau tak menerima K dalam hidup Hani. K tak mahu semua terlepas. Bukan K nak kata yang K ramai peminat tapi ramai yang menunggu K tapi hati K tetap pada Hani dan mahu jawapan yang positif daripada Hani’. K seolah mencuba lagi agar dia segera mendapat jawapan daripada Hanizah.‘Bagi Niza masa untuk memikirkannya’, akhirnya Hanizah bersuara.

Dalam perjalanan pulang, Hanizah memikirkan semula kata-kata K sebentar tadi. Dia keliru untuk membuat keputusan samada menerima atau tidak. Jika pada hatinya, dia menyenangi persahabatannya dengan K tapi untuk mencintai K, belum terdetik di hatinya. Suara-suara halus sahabatnya mula kedengaran memaksa Hani mencari jawapan untuk menerima atau tidak K dalam hatinya. ‘Aku tengok K tu okeylah, dahlah baik, rupa pun ada, kalau akulah, aku mesti tak tolak punya’, suara Su kedengaran. ‘K dah lama tunggu hang, tak putus asa dia ‘tackle’ hang, rugi hang tak terima dia tapi kami tak paksa sebab semuanya terpulang pada hang’ kedengaran pula suara Nad dan diiakan oleh Mila. Mengingatkan pula kata-kata Nadia, semua sahabatnya memberikan jawapan yang positif kepada K.

Segera Hanizah menghantar mesej kepada K setelah sampai ke rumah. Dia mengucapkan terima kasih kepada K kerana membelanjanya makan dan dengan teragak-agak dia membuka cerita yang K katakan secara ‘serious’ di restoran itu tadi. Akhirnya, Hanizah menerima K dalam hatinya dan bermulalah episod cinta mereka. Pastinya, Hanizah bahagia bila melalui satu fasa bercinta yang ianya berbeza daripada persahabatan mereka selama ini. Pada masa bercinta, K lebih ‘caring’ kepadanya, tak pernah putus menghantar mesej,mengucap rindu,mengucap cinta yang membahagiakan. Segala janji manis diungkapkan terasa begitu indah bagaikan tidak mampu kehilangan antara satu sama lain.

‘Wah, bestnya hang K selalu ‘caring’ kat hang, jeles aku tau’ gurau Su, teman sebiliknya. Hati Hanizah sentiasa berlagu riang lagi-lagi bila dapat bercakap dan meluahkan segala masalah yang dihadapi dengan orang yang tersayang dan istimewa di dalam hati. Namun, dalam percintaan, ujian itu pasti ada. Setiap ibubapa pasti mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Ayah Hanizah agak keberatan membenarkan Hanizah bercinta sebelum habis belajar tetapi kerana mamanya yang lebih memahami perasaan seorang anak yang meningkat dewasa,beliau membenarkan dengan seiring nasihat agar Hanizah tidak leka dengan cinta. Dari sudut pekerjaan K yang tidak kukuh juga membimbangkan ayah Hanizah untuk membiarkan anaknya bersama K tetapi atas dasar tolak ansur seorang ayah, beliau memberi peluang kepada K untuk meningkatkan dirinya.

‘Weh, jom kita buat video sebelum habis belajaq ni’ kata Nad semasa mereka pulang daripada membeli makan malam itu. ‘Video apa?’ balas Su sambil membelek-belek kamera kepunyaannya. ‘Video cerita pasai kisah cinta kitalah, nanti boleh tunjuk kat 'boyfriend' masing-masing,hehehe..’ sengih Nad yang pasti dah tergambar apa yang hendak dia sampaikan dalam video itu nanti. Sampai giliran Hanizah,begitu dia  bersungguh dan kelihatan bahagia menyampaikan kisah cintanya dan yang pasti bahagianya adalah cintanya bersama K. Lagu Ariel menjadi tema iringan kepada ucapan Hanizah ‘Andai kau jadi milikku,kanku selalu nyanyikan lagu rindu…’ lagu itu bergema mensayukan perasaan dengan perasaan cinta yang amat mendalam kepada kekasih hati.

Sejak bila dan mengapa ini terjadi tidak diketahui. Saat sampai kemuncaknya cinta, bermula episod luka yang tiada jawapan kepada bentuk perpisahan ini. Hilang segala janji-janji manis yang ditaburkan itu tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Adakah jawapan kepada perpisahan ini tiada jawapan melainkan, ‘jika kita ada jodoh,pasti akan bertemu kembali’. Mudah sungguh alasan yang diberikan K untuk tidak menyalahkan dirinya. Sungguh kejam lelaki ini memberi harapan dan menghancurkan hati wanita seluhur Hanizah. Jika tidak mampu menepati janji, kenapa harus berjanji dan membuaikan perasaan halus yang dimiliki wanita? tidak akan siapa menjangka, lelaki yang dahulunya ikhlas dan jujur rupanya lebih teruk daripada lelaki yang memperlihatkan sikap sebenarnya daripada awal bercinta tetapi K, dari awal bercinta kelihatan dia tiada cacat celanya dan akhirnya terus mencacatkan perbuatannya.

Sungguhpun begitu, Hanizah seorang wanita yang cekal dan tabah. Dia mampu menyembunyikan perasaan hatinya yang luka biarpun kadang-kadang hatinya terusik dengan kenangan-kenangan itu. Bukan sekejap mereka bercinta,hampir setahun lebih ikatan cinta mereka ditambah dengan persahabatan yang hampir 4 tahun lamanya. Hanizah tidak lemah dengan kegagalan cinta ini, dia bangun dan berjanji pada dirinya akan melakukan yang terbaik untuk pelajarannya dan menggembirakan hati mama dan ayahnya. Dia akan menebus segala kegagalannya yang selama ini dia terleka dengan cinta yang tidak membawa faedah buat dirinya.


Menipulah jika kesunyian tidak dirasai apatah pula melihat rakan-rakan yang lain bahagia bersama kekasih masing-masing namun dia yakin satu hari nanti, dia pasti akan menemui cinta sejatinya. Insan itu pastinya memenuhi ciri-ciri yang diidamkannya biarpun lambat penemuan itu,yang pasti itu adalah jodohnya. Kini, difikirannya adalah untuk menabur segala jasa mama dan ayahnya dengan azam untuk  memberikan segala kemewahan kepada mereka dengan hasil keringat dan kejayaannya setelah menamatkan ijazah nanti. Buat K, dia tidak berdendam melainkan dia mengharapkan satu hari nanti K menyedari kesilapannya dan mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya tetapi untuk menerima K di dalam hidupnya seandainya K mahu kembali kepadanya adalah tiada lagi peluang untuk K bertakhta kembali dihatinya. Hatinya sudah tawar untuk mengulangi cintanya bersama K.

3 comments:

  1. Special for someone.. :-)

    I LUV U N ALWAYS MISS U <3

    ReplyDelete
  2. Hmmm . . Numpang lewat aja ya . . :)

    ReplyDelete