Followers

Monday 8 August 2011

Begitukah Cinta?


                                                              
              Cinta? bila sebut cinta semua manusia menyukainya..Cinta, cinta, cinta..meniti di bibir setiap manusia.Tidak terhad cinta sesama manusia namun cinta kepada Allah juga turut meniti di bibir setiap manusia. Cerita cinta menjadi pilihan baik di 'filem' kan mahupun di 'novel' kan..Lihatlah betapa besarnya pengertian cinta kepada manusia.Lahir manusia dan alam juga atas kerana cinta, tanpa cinta tidak akan bertunas tumbuh-tumbuhan, tanpa cinta tidak akan berkembangnya zuriat, tanpa cinta semua kelihatan mati.

               Cinta juga memusnahkan perasaan apabila perkataan cinta di mainkan seperti irama lagu yang indah lantas di cantas dengan bunyi yang sumbang. Bila cinta di permainkan ia menjadi luka di hati insan yang setia, insan yang mendambakan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. Mengapa berlaku demikian?, adakah mereka yang menghancurkan hati seseorang itu berasa seronok bila dapat melunaskan permainan yang akan ada balasan kelak pada mereka? mungkin bagi insan ini mereka belum begitu memahami kuasa cinta sebenar.



               Insan yang dikecewakan cintanya, sapulah air mata anda, jangan buang air mata berharga anda dengan cinta manusia yang palsu kerana air mata anda itu nilainya sangat tinggi untuk tangisan anda pada cinta Ilahi. Dunia ini semuanya bersifat sementara dan anda harus bangkit bangun untuk mengejar cinta Ilahi yang duduknya anda kekal di syurga abadi.

               Cintai Allah, Cintai Rasul, Cintai Ibubapa lebih segalanya nescaya anda akan sentiasa rasa diri anda lebih bermakna dan kelukaan cinta tidak akan membinasakan rasa dan perasaan anda sehari-hari. Anda juga akan sentiasa berasakan cinta itu sesuatu yang manis dan bukan kepahitan bagai hempedu.

 
               Akhir kata, cinta itu tidak buta, yang buta adalah diri kita yang selalu memenangkan emosi dan nafsu berbanding keimanan. Cinta bukan untuk di tangisi tetapi cinta untuk di nikmati dengan sebaik-baiknya. Kunci cinta bahagia adalah Cintailah Allah, Rasul dan ibubapa lebih daripada kecintaan anda kepada yang lain.

                                      'MENANGKAN IMAN KALAHKAN NAFSU'

2 comments:

  1. Maha suci Allah yang menginstal isi hati manusia dengan keindahan cinta. Dialah yang menggerakkan hati bunda dengan kenyamanan kasih sayang.
    Salam kenal dari Semarang, Indonesia.

    ReplyDelete