Followers

Saturday 6 August 2011

Perjalanan Komuter

           Sudah lama nak cerita pengalaman ulang-alik pergi kerja naik komuter nih tapi kali ni ada masa, saya nak bukak sikitlah pengalaman ni ye..Setelah menamatkan pengajian di UUM, saya mengikuti program latihan siswazah di Permodalan Nasional Berhad dan buat pertama kali saya menaiki komuter berulang alik dari Sg.Buloh ke KL Sentral sebelum mengambil Putra LRT ke Ampang Park..Sebelum ni saya 'pratical' di Construction Industry Development Board (CIDB) saya menggunakan satu pengangkutan sahaja iaitu bas tapi kali ni saya menggunakan tiga jenis pengangkutan awam iaitu bas, komuter dan Putra LRT. Memang perit kerana saya wajib bangun pada pukul 4.30 pagi untuk meyiapkan diri dan dari 'bus stop' saya kena ada sebelum pukul 6 pagi,so,sempatlah sembahyang subuh di rumah kalau waktu subuh masuk dalam lingkungan 5.40 camtu (sebelum inilah)..
         
          Pagi pertama kali saya menggunakan komuter, saya tidak begitu terkejut lagi di sebabkan saya mengambil perjalanan komuter pada pukul 6.30 pagi.Walaupun tidak dapat tempat duduk, saya masih boleh berdiri tanpa berhimpit tetapi petang itu, YA ALLAH, ramainya yang menunggu komuter! dapat ke saya selit ni? hati dah berkira-kira samada naik atau tunggu komuter seterusnya..Akhirnya saya ambil keputusan naik yang seterusnya tapi keadaan sama juga, orang makin ramai datang menunggu, komuter pula 'delay' hampir satu jam dan saya ambil keputusan untuk terus naik, jika tidak sampai pukul 9 malam pun belum tentu saya sampai rumah.

      Sampai sahaja komuter, saya sudah bersedia untuk menaikinya dan tidak saya sangka, mereka yang di belakang menolak orang yang di hadapan demi untuk berjayakan diri mereka membolos masuk. Mereka tidak prihatin langsung dengan wanita yang hamil, orang tua yang berada di hadapan dan yang sedihnya bukan lelaki yeng bersikap begitu tetapi WANITA kerana saya sememangnya menggunakan 'koc' khas untuk wanita. Saya geleng kepala dan dalam hati hanya mengucap kata 'sabo jolah' dan menjadi sifat saya, cukuplah prihatin dengan keadaan sekeliling, saya lihat berdiri di sebelah saya adalah wanita hamil, kasihan hampir jatuh dia, yang duduk buat tak nampak sahaja, kalau mereka pun mengandung tak mengapalah juga, ni mengandungi lemak, memang patutlah kena prihatin kan. Saya dengan berbesar hati menegur mereka, 'Err, minta maaf ye, boleh beri kakak ni duduk?kasihan dia mengandung'..Nasib baik mau bangun tapi muka tu tau jelah, keronyok je..huhu.

         Di pendekkan cerita, kesimpulannya pertanyaan saya berdasarkan pengalaman di atas..yang pertama, APA SUDAH JADI DENGAN KTM, gerabak tidak mencukupikah? yang kedua, SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN KOMUTER KE sampai begitu sesak setiap kali sampai? yang ketiga, DI MANA LETAKNYA KEPRIHATINAN ANDA yang tidak memberi tempat duduk kepada yang lebih memerlukan?


                                 'TEPUK DADA TANYA HATI..APA SUDAH JADI?'

p/s: Mohon maaf andai teguran saya ada salah dan silap..

5 comments:

  1. akak farid selalu naik ni nak
    pi bukit jalil..
    syes sesakk...
    mmg tak bernafas lahh
    dlm tu klo ramai org..grrrr
    kesian kat akak..
    klo adik ade kat sana..
    mmg dah tmnkn dah hehe

    ReplyDelete
  2. mcm tu la dik.. akak pun use ktm jgk but nowaday ktm makin teruk.. seawal mana pun kita tggu koc kdd2 delay sampai sejam.. pg2 kalo x nk lmbt g keje kena ambik tren kul 6.15. if x , tren kul 6.30 akan dibatalkan n kena nek tren kul 6.45. mcm mana la org x ramai dik, asyik delay aje. benci dgn pkhdmatan ktm tp kena gna jg sbb x ad choice....

    ReplyDelete
  3. Farid: hari2 dik,nasib baik akk skang duk menyewa kat KL ni,lau tak mmg seksalah lelagi d bolan posa ni..cuma bila hari jumaat tu nak balik umah tulah akk kena tempuh..huhu.

    Lara: huhu,btul tu..saya dh xlarat nak hadapi komuter tapi mmg xde pilihan lain..

    ReplyDelete
  4. Orang pompuan sekarang semakin ganas. Haha.

    ReplyDelete
  5. mungkin keadaan menjadikan cmtu..huhu

    ReplyDelete