Followers

Thursday, 4 August 2011

Nak Tinggi?

Hm, saya tak faham la nape orang suka kutuk kata saya pendek, dah tu boleh ketawa-ketawakan saya macam lah orang lain tu tak pendek, tinggi 147cm pendek sangat ke? haih, kadang-kadang saya tak kisah tapi kadang-kadang juga saya kisah! saya tanya semua orang yang saya nak tanya, pendek sangat ke saya ni? ada yang iakan, ada yang kata tak (mungkin tak sebab dorang sama je tinggi ngan saya), ada yang 'no comment', ada yang bagi nasihat.

Maka dengan sukacitanya saya, saya ambil kata-kata nasihat yang diberikan oleh pemberi nasihat. Ehem-ehem..Bismilliahirahmannirrahim.. kata mereka, ' cuba pandang diri awak, semua anggota sempurna ada tak?' saya angguk.. 'awak boleh melihat, boleh mendengar,boleh berjalan, boleh makan?' ..saya angguk juga...'Bersyukur lah awak sempurna ada'..lantas pemberi nasihat pergi macam tu je..aih, nak suruh saya fikir sendirilah tu..malasnya lah aih..

Hendak dijadikan cerita, masa saya tunggu bas, tiba-tiba ada seorang perempuan ni, kasihan dia,dia golongan OKU, manis wajahnya tapi tangannya kecil sangat, wajahnya sedikit herot tapi dia nampak tabah, tak hirau orang yang memandang ke arahnya..saya tertegun sebentar dan air mata saya tiba-tiba jatuh, dalam hati saya terus ucap 'Ya Allah, aku bersyukur dengan diri aku yang masih sempurna'..

Esoknya pemberi nasihat menyapa saya tiba-tiba, dia tanya saya, 'awak sudah rasa sempurna ada?' saya tersengih sahaja macam kerang busuk. Dia terus beri nasihat panjang lebar kepada saya. ' Setiap apa yang Allah ciptakan itu ada hikmahnya. Kalau ada yang mengutuk awak, diamkan sahaja dan ucap Alhamdulillah. Jangan kita menjadi kufur nikmat dengan apa yang Allah berikan kepada kita, bersangka baiklah dengan Allah, pasti ganjaran baik kita terima. Apa yang penting, jagalah akhlak kita, orang lebih tertarik kepada manusia yang berakhlak baik daripada orang yang rupa sahaja ada tetapi akhlak tiada. Perlu juga awak ingat, kita nak masuk syurga, Allah tak pilih kita kerana rupa tetapi amal kita di dunia.Pada yang mengutuk awak tu biarkan, dia pasti ada sebab tertentu berkata begitu, maafkan sahaja dan balasan untuk dia insyaAllah pasti ada terpulang pada niat dia.' saya terlongo dan angguk sahaja, nasib baik lalat tak masuk mulut..huhu.

Kemudian saya pergi ke cermin, tilik diri saya dan mengucap syukur saya sempurna ada. 'Alhamdulillah'..

                                        ' SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA'

11 comments:

  1. Bersyukurlah kita sempurna. Biar la ngan mlt org.. dorg dgki tu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. manusia, tiada yg sempurna, sifat tidak puas hati dengan semua perkara sentiasa ada, itulah bisikan syaitan yg perlu kita hindari.... salam mush singgah...

    ReplyDelete
  3. baik sungguh & sangat benar ape yang dikatakan oleh penasihat tu..biarkan orang lain berkata, dorg ada mulut..cuma cara dorg guna mulut dorg yg merupakan nikmat dr Allah tu biar laa dorg tanggung..
    jemput datang ke blog http://bobo-101.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... tinggi sy 147cm saje :))
    tp sy cool jek..
    (^^,)v

    ReplyDelete
  5. Salam kenal,
    nice blog,
    done following you,
    Kalau free jemput singgah ke blog saya,
    Bagi komen and nasihat ok.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Thanks all friend..ok,saya pasti akan follow anda :-)

    ReplyDelete
  7. sgt setuju..:) akak chubby ramai yg bising2.. dengki kot sbb x boleh jadi mcm kite yg bg diaorg nie pelik dr yg lain :)

    ReplyDelete
  8. sesetengah manusia ni xpenah nak puas hati pd diri kita kan,macamlah dorang tu perfect sngt..teman baik saya kata,lau org duk mengata kita sbnrnya mereka cemburu dengan apa yg kita miliki..yelah,rendah xsemesti rupa kita xcantik,chubby pun xsemesti diri kita x menawan..kan :-)

    ReplyDelete
  9. Saya pendek jugak!!
    Perempuan pendek is normal tau. hehehe

    ReplyDelete
  10. yeke..sama cm x kita? tpi btul kata awk tu pendek kat malaysia ni normal..biasanya juga kan,prmpuan pendek ni pasangannya mesti tinggi melampai kan..hehe

    ReplyDelete