Followers

Wednesday, 3 August 2011

Puisi 1: Setianya Kasihku Padamu



Segalanya tinggal kenangan,
Kasih kita berkubur di dunia,                                        
Tetapi mekar di alam sana,
Kau pergi meninggalkan aku,
Meninggalkan segala kenangan kita,
Meninggalkan istana pasir yang kita bina,
Berjanji akan sentiasa bersama selamanya,
Namun kau telah pergi dahulu,
Membiarkan aku kesepian merindukanmu,
Membiarkan aku menatap potretmu,
Membiarkan aku sendu sendiri,
Menangisi pemergianmu sayang,
Saban masa saban hari,
Wajahmu mengganggu hariku,
Senyumanmu,marahmu,ketawamu,
Hanya ilusi dan bukan nyata sekarang.
Aku kini sendiri berteman air mata sepanjang masa,
Merindukanmu sayang.

Andai bisa aku mengikutmu,
Aku juga mahu bersamamu.
Menemanimu di alam sana,
Bersama meneruskan cinta kita,
Biar jasad memisah,
Namun roh dan hati kita mekar,
Dengan cinta kita yang padu.

Tiada yang bisa menggantikanmu di hatiku,
Biar dipukul,dipalu jasadku,
Aku tegar dengan cintamu satu,
Kerana di hatiku hanya adamu,
Dalam nafasku,
Dalam nadiku,
Segenap inci nyawaku,
Hanya teristimewa buatmu sayang,
Kerana aku milikmu,
Kerana hati dan debaranku hanya untukmu.

Aku memilih untuk setia kepadamu,
Biar jasadmu tiada lagi di dunia,
Kan ku tetap meletakkan setia ini untukmu,
Cukup memberikan hati ini hanya padamu,
Meneruskan hidup dengan kenangan cinta kita,
Sehingga telah tiba masanya,
Aku akan pergi menemanimu di sana,
Menyambung semula kasih dan cinta kita,
Gembira bersama selamanya di sana.

2 comments:

  1. saya follow awak.. jgn lupa follow balik..

    happy blogging :)

    ReplyDelete
  2. ok,thanks..saya dah follow dah..
    happy blogging too :-)

    ReplyDelete