Followers

Tuesday 9 August 2011

Senyum Awet Muda...?

        Susah ke senyum? tak susah kan, lebarkan sahaja bibir anda, tersenyumlah anda..ha,kan manis tu! :-)  tapi kenapa ramai yang susah nak senyum? ada Jongkong Emas ke dalam mulut tu sehingga memaksa mereka mengemutkan senyuman tu? Aih, tak faham..tak faham..mungkin kalau kita tak senyum pada dirinya, kita fahamlah sebab kita yang tak memulakan dahulu tetapi kalau kita dah tahap senyum kambing tak mandi pagi pun, dia tetap tak balas kenapa? fikir cepat..cepat..cepat! macam masalah besar pula,hehehe..

        Ini bukan isu kecil tau, masakan ada kempen SENYUM kalaulah rakyat Malaysia ni begitu pemurah dengan senyuman..'Senyum Itu Sedekah', anda boleh tambah pahala dengan beri senyuman sahaja tanpa perlu keluarkan wang. Jadi, segeralah rebut peluang itu kerana bukan sahaja anda akan dapat pahala tetapi anda juga akan dapat ramai kawan kerana mereka suka dengan senyuman anda kerana rasakan anda seorang yang baik hati.

       Cuba anda ambil gambar anda yang masam mencuka dengan anda yang wajah tersenyum, kemudian bandingkan kedua-duanya, buat penilaian mana lebih nampak menyejukkan hati, yang nampak menyenangkan begitulah pandangan orang lain kepada penilaian anda.

Beri contoh pic saya:  

Ini wajah saya sedang senyum

Ini wajah saya masam mencuka
          Pesanan saya, kalau anda seorang peniaga, untuk melakukan jualan anda,gunakan kuasa senyuman..kalau anda seorang penyambut tetamu atau pekerja di kaunter untuk mendapat pujian 'boss' sila gunakan kuasa senyuman..kalau anda seorang yang benar-benar mahu menjadi insan yang sering ingin dipuji cantik/kacak,silalah gunakan kuasa senyuman.. Akhir kata, SENYUM, Tak perlu kata Apa-apa :-)

p/s: mohon maaf andai ada salah dan tersilap bicara..yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada silap saya sendiri yang tidak disengajakan..

                   'YANG BAIK JADI TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN'

6 comments:

  1. patut pun mak cik jual kuih tu laku je kuih die...
    mesti sebab resepi senyum nih. Hehe

    ReplyDelete
  2. slm ramadhan dan slm perkenalan ye!senyummmmm???kenpaa peniaga susuah nak senyum?sebab penat sgt ke layan pelanggan yg tak putus2 ke gerai/kedainya?hurm terus teranglah kan,peniaga cina lagi peramah dan suka senyum berbanding peniaga melayu.peniaga cina bukan setakat kaut untung,tapi pandai tackle hati pelanggan.peniaga melayu bila kite minta sikit cari barang yg kite tak jumpa dlm kedai ke,mesti buat muka ketat.

    padahal pelanggan yg dtg tu bg diorg untung..pelik!hurm kite dulu kerja kat mas,klia bahagian check ini counter.dah biasa senyum,jd pelik knpa peniaga yg setakat jumpa pelanggan tempatan tak blh senyum.apa2 pun sis mmg comel bila senyum.I like!!!hah kan dah panjang benor komen ni...sis lah ni buka topik senyum hehehehe

    ReplyDelete
  3. eheh comey sumaiyah senyum...=) tQ jd follower..anyway slain fb kt sini cmne kita nk promote our blog ye? kak sue still new blogger..=)

    ReplyDelete
  4. ubi kentang: hehehe,bijak awk ye..hehe.

    alea sara: salam ramadhan dn salam perkenalan juga.. :) wah,bnyak pengalaman awk tpi apa yg awk katakan tu mmg betul..btw,thanks pujian itu dan awk pun punyai snyuman yg manis juga.. :)

    kak su: thanx kak su yg lagi comel snyuman,hehe..penerangan d inbox fb kak su ye ;)

    ReplyDelete
  5. tetiba teringat lagu 'senyumlah, senyumlah ahaiii cik mek molek' by m daud kilau tuh heheee

    ReplyDelete
  6. hehehe..iklan yg menghiburkn n kempen tu tetap di teruskan dngn lagu lain plak..haih. :)

    ReplyDelete