Followers

Wednesday 3 August 2011

SKRIP 1: Cerita Cinta Budak Sekolah Rendah

Teman Sejati, SYADI
Hero Malaya, HAKIM
Gadis pujaan, ANIS


Kringggggggggg..loceng berbunyi menandakan telah masanya waktu keluar rehat.Hakim dan Syadi,dua sahabat yang terkenal dengan kenakalannya keluar dengan berlagak macho ala-ala Mat Romeo.Hakim ketuanya manakala Syadi selalu menjadi pak turut apa yang dilakukan oleh Hakim namun kedua-duanya sangat akrab walaupun selalu berbalah.

HAKIM:Syadi,hari ini aku malas lah nak g kantin.Kau camne?nak g makan ke nak ikut aku sekali?

SYADI:Kau nak g mane?aku tak kisah,aku ikut kau je.

HAKIM:Ntah lah,aku pun tak tau nak pergi mane.Ha,apa kata kita lepak kat tepi kolam tu nak?

SYADI:Okey gak,aku ikut je.

HAKIM:Ish kau ni,takde bagi idea langsung,asyik ikut aku je.Sesekali bagilah idea.Hampeh lah kau ni.hahaha..

SYADI:Weh,hampeh-hampeh jangan cakap ek,kang ade sekejap lagi yang makan kasut aku ni.(dengan muka bengang)

HAKIM:Eh,releks ah brader,gurau pun tak leh.Kata macho,tak rock lah beb!hahaha..

SYADI:Dah lah,jom lah kite g.(dengan wajah masam mencuka)

            Sedang mereka berdua main baling-baling batu kecil tuju ke dalam kolam ikan tersebut,lalu seorang budak perempuan yang kira ‘famous’ dengan kecantikannya.Bukan sahaja menjadi kegilaan mereka berdua sahaja malahan menjadi kegilaan semua budak lelaki di sekolah tersebut.Budak perempuan tersebut bernama Anis Batrisha,cantik namanya seperti wajahnya juga.

HAKIM:Hai sayang,sorang je ke?nak abang temankan?(sambil tersengih macam kerang busuk)

 SYADI:Ha’ah,nak kami temankan?hehehe..

HAKIM:Ish,sibuklah kau ni,dia awek aku! (beri amaran dengan nada perlahan)

ANIS:Huh,tak hingin!hidung tak mancung pipi tersorong-sorong plak tu pastu tak malu panggil orang sayang..(sambil mencebikkan wajahnya)


HAKIM:Eh,ape plak tak mancung sayang,kan mancung ni,boleh sangkut hanger lagi.hahaha..kalau sayang nak sidai baju,nanti panggillah abang ek,sangkut hanger kat hidung abang ni.Pipi abang ni tersorong-sorong ke?ala,sayang jangan risau ek,nanti abang buat 'operation'.hahahaha…

SYADI:Hahahaha..

ANIS:Huh,takde maknenya,boleh jalan lah! (segera beredar pergi,sempat menjelir lidah mengejek tanda menyampah dengan mereka berdua)

SYADI:Alahai cun nyer dia.Sekali pandang macam Preity Zinta,dua kali pandang macam Aishwarya Rai,tiga kali pandang macam nenek aku.hahaha..

HAKIM:Oi ,sedap-sedap kau kutuk awek aku ek!sekali aku bagi makan pembaris baru tau.(dengan wajah tak puas hati)

SYADI:Kau ni nak bagi aku makan pun,bagilah makan KFC ke,McDonalds ke,Pizza ke, ni ade ke bagi makan pembaris,tak sedap langsung,takda rasa.hahaha..

HAKIM:Gedush..!ambik kau!buat lawak ek (dengan wajah bengang)

SYADI:Adeh,sakitlah!hm,yelah-yelah,sory!..(menyapu kepalanya yang ditepuk oleh Hakim)

HAKIM:Tau pun sakit.Padan muka kau..dah lah,jom balik kelas!.

            Kringggggggg..loceng berbunyi lagi menandakan waktu rehat dah tamat.Semua pelajar telah masuk ke kelas masing-masing.Hakim dan Syadi awal-awal lagi sudah mendahului yang lain masuk ke kelas.Sebentar lagi Cikgu Hajar akan masuk ke kelas untuk mengajar subjek Matematik.

HAKIM:Boringlah aku dengan matematik ni.Buat mengantuk je,aku nak tidurlah dulu.(sambil menguap,terus dia meletakkan kepalanya ke atas meja dan tidur)

SYADI:Oi Hakim,bangunlah!Cikgu Hajar dah masuklah! (menggoncang tubuh Hakim mengejutnya bangun)

HAKIM:Ish,kau ni kacaulah!(menyambung tidurnya semula)

Semua pelajar bangun memberi salam kepada cikgu Hajar melainkan Hakim yang enak di buai mimpi.Ini disedari oleh Cikgu Hajar dan membuatkan hatinya panas dengan tindakan Hakim.

CIKGU HAJAR:Hakim,Bangun!! awak nak jadi ape ni ha?!


HAKIM:Ish,cikgu ni,kan saya dah bagitau dulu,saya nak jadi angkasawan (menjawab namun tidak mengangkat kepala daripada meja)

CIKGU HAJAR:Main-main ye kamu.Bangun!keluar dari kelas dan berdiri kat luar sampai saya habis mengajar,faham!(arahnya dengan perasaan marah)

            Hakim segera bingkas bangun dengan gerak perlahan menuju ke luar kelas dan berdiri di luar kelas dengan muka selambanya.Jika dia tak keluar,pasti rotan lah dapatnya,lebih baik dia keluar daripada dirotan.Tiba-tiba lalu Anis Bathrisha gadis idaman hatinya.

ANIS:Padan muka awak kena denda!(sambil tersengih mengejek)

HAKIM:Eh,sape kate abang kena denda.Abang saja berdiri kat luar kelas,ambik angin,kat dalam tu panas (sambil mengibas-ngibaskan bajunya)

ANIS:Huh,dah malu,ade je alasan dia!(mencebik lalu pergi)

HAKIM:Alahai,awek aku nih,nasib baik cun,kalau tak memang kena sumpah seranah dengan aku.(geram dia di perli sebegitu oleh gadis idamannya)

CIKGU HAJAR:Hakim,dengan siapa kamu bercakap tu ha?!(Menjerit bertanya dari dalam kelas)

HAKIM:Takde cakap dengan sape-sape cikgu!

            Hari seterusnya pula,Hakim bercadang mahu menghadiahkan sesuatu buat gadis idaman hatinya.Biarpun dia tahu Anis tak menyukainya namun dia tetap berdegil mahukan Anis.Hatinya hanya terpaut pada Anis sahaja.

HAKIM:Weh,kau tau tak hadiah ape biasa perempuan suke?

SYADI:Manelah aku tau,aku bukan perempuan.Apelah kau ni.

HAKIM:Aku tau lah kau bukan perempuan,aku tanye ape perempuan suke?kot kau ada idea ke.Kau ni pun,betul bendul lah!

SYADI:Aku tak tau lah!Kau nak bagi sape?

HAKIM:Adelah,rahsia!hehehe..

SYADI:Eleh,ngan aku pun kau nak berahsia,ape punye kawan lah kau ni (dengan wajah tak puas hati)

HAKIM:Tak boleh..tak boleh,rahsia beb!hahaha..

SYADI:Okey,tak nak beritau takpe,aku tak kisah (dengan nada merajuk)

HAKIM:Hehe..macam perempuanlah kau ni,itu pun nak merajuk.Hahaha..

SYADI:Oi,cakap tu baik-baik sikit ek!Tak macho lah aku nanti lau orang dengar.

HAKIM:Hahahaha…

Satu hari Hakim pergi ke kedai runcit Mak Kiah mencari sesuatu yang boleh dia hadiahkan kepada Anis.Tiba-tiba dia terlihat sesuatu yang menarik untuk dia hadiahkan buat gadis idamannya itu.Lantas dia mengambil barang tersebut dan membayarnya.Hadiah itu kemudian dibalut cincai dengan suratkhabar dan akan dibawa ke sekolah untuk diberi kepada Anis.

SYADI: Weh Hakim,apa benda yang kau bawak tu?nak tengok boleh?

HAKIM: Mana boleh beb.(sambil tersengih-sengih malulah kononnya)

SYADI:Eleh,kedekut,nak tengok sikit pun tak boleh (sambil mencebik bibirnya)

HAKIM:Alah,kau ni,suratkhabar buruk ni pun kau nak tengok,bukan ada apa-apa pun.

SYADI: Yelah tu takda apa-apa,tak percayalah aku.

Tiba-tiba,kelibat Anis muncul dengan ala-ala gaya cikgu.Dengan buku yang penuh di tangan dan jalan lenggok ala Cikgu Hajar itu,mudah untuk Hakim dan Syadi kenal walaupun dari jarak jauh.

HAKIM: Yes,yes!awek aku dah sampai.Hahaha(dengan ketawa besarnya)

SYADI: Awek aku juga tu.Hahaha(selorohnya dengan niat)

HAKIM: Weh,dah awek aku tu,aku jelah,mana boleh kongsi!(marah Hakim)

SYADI: Ada cop ke kat dahi dia tu kata tu awek kau?(membalasnya semula dengan perasaan tak puas hati)

HAKIM: Kau ni dah pandai melawan ek,sekali aku belasah baru tau (menunjukkan lagaknya sebagai ketua)

SYADI: Yelah..yelah..kau jelah bagus.(mula mengalah dengan rasa tak puas hati)

HAKIM: Dia dah nak dekat dengan kita dah ni.Hehehe..(sengih macam kerang busuk)

Anis mencebik bibirnya dan menjelir lidah menyampah kepada mereka berdua semasa menempuh mereka untuk ke kelasnya yang berada bersebelahan kelas mereka.

HAKIM: Hai sayang!sabarlah dulu,laju beno jalan tu,kereta lumba Ferrari pun kalah macam tu.Hahahaha

ANIS: Peduli hape kite,bukan kaki dia pun (berhenti sebentar langkahnya untuk membalas kata-kata Hakim itu)

HAKIM: Memanglah bukan kaki abang sebab kaki abang ada ni ha (menunjukkan kakinya sendiri dengan niat untuk bergurau)

ANIS: Eee…geramnya kite!

HAKIM: Cute nyer die buat muka geram.Hahaha..

ANIS: Eee..benci!benci!(lantas ingin segera pergi dari situ)

HAKIM: Nantilah dulu sayang,abang ada sesuatu nak bagi pada sayang ni.(mengunjukkan barang yang hendak diberinya itu)

SYADI: Ooo..untuk Anis rupanya,patutlah beria tak nak bagitau aku.(memandang kearah Hakim dengan muka tak puas hati)

HAKIM:Yelah,tak akan nak bagi kat kau pulak.Buang duit je bagi kau,kan sayangkan..kan.Hehehe (memaling kearah Anis untuk mengiakan kata-katanya itu)

ANIS: Huh,nyampah!bagi apa kat kite?(seraya mengambil barang itu dari tangan Hakim)

HAKIM: Adelah,hehehe..(berbangga bila Anis mengambil pemberiannya itu)

P/s: agak-agak anda,apakah yang diberikan Hakim kepada Anis?



6 comments:

  1. wah..advance nye dak sekolah sekarg...

    ReplyDelete
  2. a'a kan,advance tul..best ler cite ni..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe..budak it ler katakan :-)

    ReplyDelete
  4. belum siapkan lagi,hehe..tapi akan ada sambungannya :-)

    ReplyDelete
  5. mcm mana agak nya kalau dia dah besar nanti , dia baca balik novel yang dia taip ni

    ReplyDelete